• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home Makan Di Mana

Makan Di Mana

Variasi Warong D'Makan

Beroperasi di U12, Shah Alam, Warong D'Makan menghidangkan seleksi makanan timur dan barat di bawah satu bumbung.

Sup Daging (RM6.00)

Cukup berbaloi-baloi! Hirisan daging empuk cukup lembut dan kenyal dikunyah.

Enak dimakan panas-panas dengan nasi putih beserta telur dadar.

Grilled Chicken Chop (RM10.00)

Kepingan ayam dipanggang sempurna masih mengekalkan kandungan teksturnya yang juicy.

Sos lada hitam melitupi keseluruhan ayam, tidak terlalu menyengat, sesuai juga untuk anak-anak.

Asam Pedas

Lulus dan diperakui sebagai asam pedas menarik untuk dicuba.

Seperti kebiasaannya, menu ini dihidangkan dengan telur masin dan ulam-ulaman.

More
Selera Masakan Kampung Berharga RM50.00 Bersih

Tahun 2018, INTEKMA Resort & Convention Centre (INTEKMA) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.


Pelbagai pilihan appetiser

Sesi berbuka puasa yang dinamakan [email protected] ini diadakan di Ruangsari INTEKMA, iaitu ruang dewan banquet (marquee tent) yang boleh memuatkan hingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu pada satu masa.


Mee rebus



Ayam Berlada

Lebih daripada 70 jenis hidangan selera masakan kampung boleh didapati di Ruangsari INTEKMA.


Ikan Sepat Masin Gulai Nenas


Lala Tumis Cili Padi

Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Kerutup, Ayam Berlada, Hati Lembu Rendang Pedas, Kupang Masak Berempah dan Sayur Lemak Pucuk Ubi.


Ayam Goreng Berempah

Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Bubur Lambuk Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow Goreng dan Mee Rebus yang dimasak secara langsung di gerai-gerai yang disediakan.


Limpa Masak Dendeng


Kambing Golek


Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Agar-Agar Santan, Puding Roti dan Karamel serta Bubur Cha Cha merupakan hidangan yang mesti anda cuba sebelum meninggalkan Ruangsari.


Bread Butter Pudding

Sesi [email protected] bermula dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018.


Pelbagai pilihan kek

Untuk keselesaan tetamu, INTEKMA juga menyediakan kemudahan pengangkutan buggy, surau, tandas dan parkir percuma.


Beraneka jenis dessert disajikan

Untuk maklumat lanjut mengenai buffet Ramadan, sila hubungi 03-55225009 / 5222 / 5066 / 5001 / 5104 / 5106.

More

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2022

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!