• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

'Lok-Lok Stop' Keistimewaan Bufet Ramadan KL Journal

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Jika merancang untuk meraikan buka puasa bersama teman-teman sekerja atau reunion teman sekolah, boleh cuba Bufet Ramadan di The Kuala Lumpur Journal yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.



Bufet yang berharga RM118.00 seorang ini menampilkan kelainan apabila menyediakan ‘Lok-Lok Stop’ buat pelanggan yang gemarkan hidangan stimbot.

Bukan sedikit pilihan yang tersedia, tetapi ada lebih daripada 30 jenis skewer yang boleh dinikmati.

Bahkan anda boleh memilih sama ada ingin merebusnya di dalam Sup Tomyam, Sup Ayam ataupun memanggangnya.

Terdapat juga kuah kacang sebagai pelengkap rasa.



Bagi yang tidak menjamu selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk, boleh ke kaunter utama yang menyediakan pelbagai juadah menarik seperti Kambing Masak Kurma, Ayam Kapitan, Asam Pedas Ikan Pari dan Ayam Percik.

Tidak ketinggalan, Kari Kepala Ikan dan Rendang Daging yang sememangnya terkenal di kalangan pelanggan KL Journal.





Jika perut masih belum kenyang, masih ada lagi menu yang boleh dirasa iaitu Otak-Otak Muar, Rojak Buah, Pasembur, Soto Ayam dan juga pelbagai jenis kuih tradisional yang pastinya menambat selera.



Bagi peminat coklat, jangan lepaskan peluang ke kaunter Chocolate Fountain. Ada pelbagai pilihan buah dan marshmallow untuk disalut coklat.

Tidak ketinggalan, kaunter minuman. Ada pelbagai pilihan untuk anda. Sama ada minuman panas, jus dan juga kordial.



Untuk tempahan anda boleh menghubungi talian 03-21102211 atau emailkan sebarang pertanyaan di [email protected]

Click for
Restaurant Details


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2021

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!