• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Juadah Nusantara Dari One World Hotel

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Bertemakan ‘Juadah Nusantara’, Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya menawarkan buffet Ramadan yang pelbagai rasa.

Tidak terhad kepada sajian tradisi Melayu, buffet Ramadan ini juga menyedikan menu-menu popular bercitarasa antarabangsa.


Kuih Gulung

Dengan harga RM168.00 untuk dewasa dan RM84.00 untuk kanak-kanak, anda boleh makan sampai puas sehingga jam 10.30 malam.

Harga ini mungkin agak mahal, tetapi sesuai dijadikan pilihan untuk acara istimewa seperti meraikan ulangtahun kelahiran ahli keluarga, teman rapat mahupun rakan sepejabat.

Selain itu, boleh juga dijadikan pilihan untuk majlis berbuka puasa dengan teman-teman sekolah.


Kuih Tako

Untuk edisi Ramadan tahun ini, anda boleh memulakan eksplorasi rasa anda dengan mencuba hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman.

Sesudah itu bolehlah menikmati hidangan utama yang menjadi bintang kepada buffet Ramadan ini.


Patin Tempoyak

Antara menu yang mesti dicuba ialah Sambal Paru, Daging Deng Deng, Ikan Keli Masak Berlada, Sambal Sotong, Rendang Daging dan juga signature dish Ramadan mereka iaitu Sup Gear Box atau Sup Campur.


Rendang Daging

Menu yang satu ini saban tahun mendapat maklum balas yang baik.

Sebabnya, letusan rasa sup ini memang membuka selera.

Boleh pilih isi sup yang diingini. Ada gear box, tulang lembu, daging lembu, kambing, lidah lembu dan perut lembu.

Sebagai pelengkap rasa, jangan lupa letakkan sedikit sambal kicap untuk nikmat pedas.


Sambal Paru

Lain-lain menu yang boleh dicuba ialah Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ketam Kalio, Nasi Daging Beriani, Udang Masak Sambal Hijau, Ayam Goreng Berempah dan Rojak Sotong Kangkung.


Sup Gear Box

Selain itu, jangan lupa mencuba hidangan pemanis mulut. Ada kuih-muih tradisional, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, Dodol, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-76811157 atau emailkan kepada [email protected]

Click for
Restaurant Details


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2022

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!