• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Edisi Resipi Istimewa Puasa Enam: Gulai Daging

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Untuk hari ketiga puasa enam di bulan Syawal, kita kongsikan resipi gulai daging dari MyResipi, yang disediakan mengikut cara masakan negeri Terengganu.


Bahan:
300 gram daging segar (direbus sehingga agak empuk)
2 sudu besar rempah gulai (Cap Bunga Rose)
1 1/2 sudu besar rempah masak (Cap Bunga Rose)
1 sudu kecil rempah kari daging (cap Baba's)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar Holland
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar cili boh
1 kotak kecil santan
1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 3 biji cengkih
2 lada hijau & merah (dibelah dua)
1 biji bawang besar Holland (dibelah empat)
1 biji asam keping
2 sudu kecil kerisik
Garam, gula & bahan perasa


Cara:
1. Daging direbus hingga empuk. Air daging jangan dibuang.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan-bahan kisar tersebut menjadi pekat dan tidak cair.

3. Campurkan cili boh, rempah gulai dan rempah masak Cap Bunga Rose serta rempah kari daging ke dalam bahan-bahan kisar tersebut. Adun hingga sebati.

4. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.

5. Kemudian, masukkan bahan kisar yang telah dicampur dengan cili boh dan rempah-rempah tadi. Masak sehingga naik minyak dan garing.

6. Masukkan daging dan air daging. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati bersama-sama dengan rempah tersebut.

7. Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan dan kerisik.

8. Masukkan asam keping, cili hijau dan merah yang telah dipotong dua dan bawang besar yang telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.

9. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2021

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!