• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Bufet Buka Puasa Me'nate Steak Hub RM79.90

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Ramadan ini, Restoran Me'nate Steak Hub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan Western & Local Delicacies. 

Tiga set menu berbeza disediakan, di mana ia dihidangkan secara bergilir-gilir setiap hari dengan hampir 40 jenis hidangan yang terdiri daripada seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerang daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut dan seksyen minuman sejuk dan panas.


Rendang Ayam

Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me'nate juga turut menghidangkan set seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Briyani. Biarpun menu-menu ini bukan kekuatan mereka, namun rasanya tidak menghampakan. Sedap dan menyelerakan.

Sesuai dengan nama restoran ini, tarikan utama di Me'nate sudah tentulah di seksyen panggangnya. Kebanyakan lokasi selera lain menawarkan Kambing Golek, tetapi Me'nate tampil bergaya dengan membawakan Rusa Golek untuk pengunjung-pengunjung mereka.


Rusa Golek

Hidangan ini jangan sesekali dilepaskan. Ini adalah bintang utama bufet Ramadan ini. Daging rusa terasa sungguh enak berjus. Tidak perlu dimakan bersama nasi, sebaliknya enak dimakan begitu sahaja.

Jika selera anda tidak boleh menerima daging rusa, bolehlah mencuba Daging Panggang. Menu ini juga cukup membangkitkan selera. Daging yang di panggang secara medium rare ini menghasilkan daging yang cukup berjus dan lembut. Kombinasikan dengan sos lada hitam. Memang terbaik.


Daging Panggang

Lain-lain menu yang boleh didapati untuk bufet Ramadan ini ialah Fettucini Carbonara, Mihun Sup, Kway Teow dan Mee Goreng, Arrabbiata Pasta, Ayam Masak Merah, Kuih Muih Tradisional, pelbagai kek, minuman sejuk dan panas seperti Air Bandung, Air Jagung, Air Kathira, Teh dan Kopi.

Untuk tempahan anda boleh menghubungi Me'nate Steak Hub berhampiran. Terdapat empat lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.


Kuih Tradisional


Desserts

Selain itu, anda juga boleh mengikuti Me'nate Steak Hub di akaun Instagram @menatesteakhub untuk update terkini.

Click for
Restaurant Details


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2021

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!