• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Ada Apa Di... Restoran Muar Station?

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Muar memang terkenal dengan makanannya, dari Mee Bandung Muar ke Asam Pedas Parit Jawa.

Tetapi anda tidak perlu membuat perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam dari KL ke Bandar Diraja itu, semata-mata untuk merasa hidangan ternama Muar.

Di Kota Kemuning, Shah Alam terletak Restoran Muar Station yang menjanjikan "citrasa asli dari Muar". Untuk anda yang merancang ke sini, berikut beberapa hidangan mesti dicuba.

Yang pasti, Mee Bandung Muar Ketam (RM17.50).



Terdapat lima jenis menu Mee Bandung di sini. Yang paling istimewa, Mee Bandung Muar Ketam.

Ketam yang digunakan Ketam Bunga. Kuahnya kaya dengan tekstur dan rasa manis isi udang.

Untuk hidangan asam pedas, cubalah Asam Pedas Tenggiri, didatangkan secara set bersama nasi putih, telur dadar dan timun (RM10.80).



Kuah asam pedasnya likat. Tetapi jangan terpedaya dengan warnanya yang merah menyala. Taklah pedas manapun.

Bunga kantan dan daun kesum mengharumkan lagi hidangan. Secukup rasa... masam-masam, pedas-pedas.

Untuk sesuatu kelainan, Lontong Goreng Seafood (RM8.00).



Chef amat bermurah hati dengan kuantiti makanan laut yang dihidangkan.

Sotong dan udangnya pula segar-segar belaka.

Dijamah dengan rempah-rempah olahan chef, memang menyelerakan.

Mungkin hidangan nasi goreng kedengaran biasa tetapi cuba dahulu Nasi Goreng Ayam Berlada (RM8.00) mereka sebelum memberi apa-apa komen. 



Yang membuatkan nasi goreng mereka menarik dan lain daripada yang lain, hidangan sampingan ayam berlada yang sebenarnya ayam masak cili.

Cukup rempah ratus dan perisanya. Ayamnya pula lembut dan berjus.

Untuk pilihan daging, ada Nasi Goreng Black Pepper (RM9.50).



Daging dimasak empuk dengan black pepper, perfectly complimenting hidangan nasi goreng.

Nasi Goreng Kampung Seafood (RM8.50), menu kegemaran ramai pelanggan.



Penggunaan belacan menaikkan lagi aroma hidangan.

Click for
Restaurant Details


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2021

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!