Banyak tempat yang menjual nasi dagang di Terengganu. Ada juga yang berpendapat, banyak lagi tempat lain yang menghidangkan nasi dagang yang lebih enak. Jadi, andalah yang harus membuat keputusan sendiri.
Bagi JJCM, susah untuk mencari nasi dagang yang tak sedap di Terengganu. Di Nasi Dagang Atas Tol, hidangan nasi dagangnya serba-serbi lengkap baik dari segi rasa dan harga.
Nasi Dagang (RM3.00)
Beras yang digunakan beras Basmathi yang dimasak dengan santan dan pelbagai herba. Hasilnya, kewangian nasi menaikkan lagi selera makan pengunjung. Ditambah pula dengan gulai ikan tongkol yang pekat, pedas dan power!
Pulut Kuning (RM3.00)
Pulut kuning yang berlemak juga sesuai sekali dijamah dengan gulai ikan tongkol. Memang tidak puas dengan hanya satu hidangan.
Teh Tarik Ombak Rindu
Hidangan Nasi Dagang ataupun Pulut Kuning lebih enak bila dinikmati dengan segelas Teh Tarik Ombak Rindu. Pilih antara saiz kecil (RM3.00), sederhana (RM4.00) atau besar (RM5.00).
Air Bandung Ombak Rindu
Untuk satu kelainan, boleh juga dicuba Air Bandung Ombak Rindu. Harganya berdasarkan saiz gelas seperti Teh Tarik Ombak Rindu.