• Featured
  • Makan Di Mana
    • Melaka
    • Ipoh
    • Shah Alam
    • Petaling Jaya
    • Subang Jaya
    • Kuala Lumpur
    • Kuantan
  • Makanan Kegemaran
    • Melayu
    • Thai
    • Cina
    • Western
  • Resepi
    • Nasi
    • Ayam
    • Daging
    • Udang
    • Sotong
    • Mudah & Cepat
  • Restaurant
  • Get The App
In Collaboration With
Home OurPick

Ada Apa Di... Cafe Old Market Square?

Email Facebook Google Pinterest Tumblr Twitter

Mula beroperasi pada tahun 1928 dengan nama Sin Seng Nam Restaurant, ia kemudiannya diambil alih oleh Datuk Ghani Abdullah.

Memberi nafas baru kepada kopitiam yang berumur 85 tahun dan berpangkalan di dalam bangunan berusia 100 tahun, para pengunjung ke sini bukan sahaja untuk menikmati hidangan typical kopitiam.



Pada masa yang sama, mereka berpeluang "menenggelamkan" diri dalam persekitaran yang penuh sejarah. Sambil menunggu pesanan dihantar, boleh meneliti gambar-gambar yang menghiasi dinding.



Nasi Lemak (RM12.00), seiring dengan statusnya sebagai hidangan nasional, menjadi item paling popular di dalam menu.



Ayam goreng berempahnya rangup diluar tetapi masih juicy dan tender di dalam.

Cili tumisnya menggigit tetapi pada masa yang sama, manis.

Chee Cheong Fun (RM8.00 - RM12.00), hidangan dari selatan China yang berjaya mendapat tempat di hati warga Malaysia, turut menjadi item kegemaran ramai di sini.



Bezanya daripada yong tau foo di tempat lain, penambahan brokoli. Maka, lebih seimbanglah hidangan ini dari segi sayur-sayurannya.

Didatangkan dengan dua jenis sos. Sos merahnya tidaklah terlalu pedas sementara brown sauce-nya manis-manis dan berlemak.

Fried Meehun (RM8.80) nampak biasa sahaja tetapi jangan terpedaya.



Yang ringkas, yang biasa itulah yang sedap.

Gabungan rasa masin-masin kicap dengan lemak-lemak dari telur dan mee memang membuka selera.

Kuah Mee Rebus (RM5.00) cukup pekat dan likat.



Kombinasi rasa masam-masam limau dan rempah-rempah memang didambakan.

Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, Chicken Chop (RM16.00) sememangnya bestseller di sini.



Disediakan cara Hainanese, ayam digoreng rangup dengan resipi tersendiri.

Brown sauce juga diolah sendiri.

Tetapi ada kelainan yang diketengahkan, penambahan jintan ataupun bawang putih untuk menaikkan selera.

Dan untuk pesanan yang ringan, Rojak (RM5.00).



Tidak pedas, tidak terlalu manis.

Sebaliknya, kuah rojak kaya dengan lemak-lemak kacang.

Click for
Restaurant Details


Comments

Audience Picks

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.

More
Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

More
Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

More
Nick's Gastro

Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.

More
Restoran Salinda

Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.

More

Jalan Jalan Cari Makan TV3

Get The JJCM Mobile App

Privacy Policy| Terms and Conditions| About JJCM
Media Prima Digital ©Copyright JJCM 2019

Jalan Jalan Cari Makan Mobile App

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) has now extended its reach to the mobile platform. Everything you need to know is right at your fingertips, from a listing of current and new eateries, reviews and recommendations from fellow users. Download it now for free!